Powered By Blogger

Thursday, December 30, 2010

Harimau Muda

Salam to all,

superb!fantastic!hebat giler!mantap!keeper cam muke korean!....hehe..itulah kata-kata yang terluah apabila Malaysia berjaya menjadi juara Piala AFF Suzuki 2010..kata-kata yang keluar daripada mulut aku pula ialah:hebat btol jurulatih tempatan! dan yang kedua: Keeper msia cam muka korean..;p..ya!aku mmg tabik spring toing toing kepada jurulatih Msia, Rajagobal, kerana dpt membentuk skuad muda yang mantap...Aku sendiri tidak berapa minat utk mengikuti perkembangan kejohanan ini berbanding dengan EPL..tambahan pula selepas kene ganyang ngan indonesia 5-1, membuatkan aku langsung membabaikan sahaja pasukan Harimau Muda ini..hehe..terukkan aku.tak support team Msia langsung...malahan, menyokong pasukan syaitan merah yang akhir2 ini telah menjadi pakar seri sekarang..asyik2 seri..geram btol!tp still leading kan...as long as dier leapfrogg Chelsea, it's okay....haha..jgn marah Chelsea fans..

But, ini baru dlm kelompok ASEAN...aku harap, mereka akan sustain dan tingkatkan lagi mutu permainan agar dpt menjadi juara Asia pulak..sape tau kan...aku pun tak tau..;p..ape2 pun bleh terjadi..tapi FAM kene la atur strategi baru dan kurangkan politik dan birokrasi dlm pentadbiran..jgn cepat puas hati dengan pencapaian ni...apa nak lagi?fans Msia very supportive lebih-lebih lagi dr kelantan...lagi satu, kekalkan jurulatih Rajagobal..jgn bagi dier sain kontrak dengan liverpool plak.dgr cite Benitez pun dlm keadaan genting skang..kalu tak perform pasni, habislah dierr..masakla....;p

Rasa bangga lak..kalau la masuk world cup kan?hehe

Kepada fans Msia pulak, sokongan yang diberikan jgnlah pulak bermusim.bila team Msia down,kondem kaw-kaw punyer!tak baik la kan..contoh yang baik, EPL...tgk Liverpool (kesian dorang taun ni,,hehe).walaupun terumbang ambing, tp supporters dorang sgt kewl..stadium still penuh..



Ramalan sotong Paul ttg final Piala Suzuki sblm dier meninggal..btol kan?hihi..

So, aku akan cuba pupukkan semangat yang kuat terhadap pasukan harimau muda..harap dorang performe lagi mantappp kaalu boleh smpi ke piala dunia...masuk final lawan brazil..hehe

Tuesday, December 28, 2010

Inception momoningkan

Salam to all,

Mendengar komentar daripada rakan-rakan tentang keberahian menonton inception, (bukan berahi ke arah filem biru), maka, aku pun teruja utk mendownload cerita berkenaan. kualiti filem yang di donwload agak memberangsangkan..risau pulak aku cerita tentang donwload ni..yela, sejak isu illegal downloading ni dibangkitkan...tak pasal-pasal aku kene tangkap...;p..tapi kalau aku download berbayar tu kira illegal ker?rm 25 per month..korang ade?hehe..

ok..berbalik tentang cerita tadi, aku telah set kan masa yang paling sesuai untuk menonton cerita berkenaan dan masa tersebut telah dirahsiakan...hehe..tempatnya ialah di kamar tidurku yang paling kondusif dan selesa di dunia ini...maka, penuhla segala jenis jajan (makanan ringan yang agak berat dari segi kalorinya) sebagai gigit-gigit @ kunyah-kunyah sewaktu menonton...Buat pengetahuan semua, kalau aku menonton movie, aku akan pastikan semua kerja2 lain siap dan aku betul2 feel leisure at the time..then, baru nonton....

So, aku pun klik pada cerita berkenaan dan menontonlah aku....sehingga ZZZzzzzzZZzzzz sekejap.....MasyaAllah, tak fahamnye cerita tu...mmg english subtitle included tp jalan ceritanya boleh membuatkan otak aku terpeleot..oh lupa, subtitlenya juga very hard coded...inilah cerita yang membuatkan aku rase gelisah sampai susah nk tidur kerana tidak puas hati tak dapat memahami jalan cerita berkenaan..

Sekadar aku faham, cerita itu tentang mimpi yang dicreatekan oleh satu agensi utk menumpaskan lawan atau penjahat (yeke)....so, org yang disyaki akan ditidurkan dan dimimpikan..dala mimpi tu plak ade mimpi lagi..waaaaaaaaaaaa...nak nangis aku dibuatnye..so aku decide nak nonton lagi filem itu smpi faham walaupun otak cramped....haha...wish me luck...


By the way, happy new year to all..may all your wishes come true

Saturday, December 25, 2010

Seksualiti

Salam to all,

Baru-baru ini, hangat diperkatakan tentang seorang lelaki Melayu beragama Islam yang mengakui bahawa dia ialah seorang Gay..bagi aku, ia tidaklah mengejutkan kerana ramai lagi lelaki di luar sana berstatus Gay tetapi pengakuan lelaki ini memang dianggap berani...walaupun apa yang diperkatakan oleh beliau benar @ mengakui dengan sejujur hatinya @ very liberal, beliau harus kembali kepada ajaran Islam yang begitu mengutuk sekeras-kerasnya perilaku di luar tabii ini..dan aku rasa, kita tidak boleh meliberalkan agama.apa yang sudah tertulis itu adalah benar dan fitted dan tidak boleh diluaskan dengan konteks "peredaran zaman"..tapi aku masih berharap yang beliau maksudkan ialah menjalani gaya hidup gay dari konteks cara pemakaian yang dilihat agak moden dan metroseksual...;p

- harus diingat agama tidak boleh diliberalkan mengikut sesuka hati-

Wednesday, December 22, 2010

Pengalaman Dengan ETS

Salam to all,

baru-baru ini, aku berpeluang merasa menaiki keretapi ETS (Electric train System) yang baru dilancarkan pada pertengahan tahun ini..so, disebabkan aku amat suka dengan kelajuan, terdetik rasa di hati utk menaiki ETS ni..16/12/10, aku ke KL utk menghadiri mini gathering bersama rakan2 course mates aku dengan menaiki ETS.

Inilah dier coach ETS


Perasaan aku:
- sungguh excited kerana dengar khabar, perjalanan dari Ipoh-KL hanya 2 jam
- sungguh excited kerana dengar khabar train ini sgt bagus, efektif, dan x mencemarkan alam sekitar
- sungguh nervous kerana tak pernah experienced it before this.

So, aku ke KL dengan menaiki train dari stesen Ipoh pada pukul 1400..untuk pengetahuan semua, train yang aku naiki ni ialah train express which means hanya berhenti di 4 buah stesen shj iaitu Batu Gajah, Kampar, Tapah Road dan Tjg. Malim..yang transit lebih drp 4 stesen ETS berhenti.
Suasana di Stesen Ipoh ketika 17 minit sebelum train bertolak (ETS ke KL,sebelah kiri)

Melangkah masuk shj, aku lihat coachnya agak cantik dan menarik..semuanya look perfect la...kira OK la...ruang tempat duduk yang selesa, ruang kaki yang roomier, siap ade pramugari lagi (tak tau nk guna istilah apa, yang tukang check tiket tu)...cantik2 blaka..hihi..overhead compartment pun besar...ade tv lcd tp one coach, one tv la....ade mini lounge but not open...mungkin x lama lagi...so, overall ade 6 coaches which labeled with A-F..Announcemet yang clear, perfect and okay..


Seat dalam ETS, boleh tahan selesa

Gambar diambil menggunakan kamera yang dh built-in dlm seat...;p

Kesimpulannya,

- ETS amat selesa, senyap (bunyi railway kot yang bising skit) dan cantik

Cuma ada beberapa points yang bagi aku kurengg sket

- Train ini tidaklah begitu laju (140 km/j)..waktu aku naik, kelajuan maksimum hanya 143 km/j and ade display kt tv lcd
- Waktu arrival sebenar tidak telly dengan waktu arrival yang dicatat di tiket..aku sampai kl (bandar tasik selatan) 10 minit lewat...so, my trip took almost 2 hrs and 30 minutes...for your info, aku balik Ipoh naik bas transnasional dari bukit Jalil-Ipoh transit Jalan duta, Bertolak pukul 0830 dan sampai pukul 1115..(2 jam 45 minit).....in comparison, not too differential.
- kelajuannya tak sustain, sekejap perlahan, sekejap laju...kadang2 tv off kejap pastu on balik..
- sepanjang dr Ipoh-Kl, tv hanya memaparkan cerita kartun yang berulang kali (mungkin kebetulan aku naik, tak ada cerita lain nak pasang)
-Harga tiket dari Ipoh- BAndar Tasik Selatan ialah RM31 (promotional price) dan mungkin akan naik lagi menjelang Februari 2011..

Kalau difikirkan balik, naik bas lagi berbaloi kot. Sbb, Ipoh - Kl dengan bas mengambil masa 2 jam 45 minit dan train 2 jam 25 minit..so, byk beza....tambang bas pula, dari ipoh-kl rm 17.40 manakala train RM30......hehe...nak kasik lagi berbaloi dengan menaiki train, increase lagi speed smpi 200km/j....baru la ngancam....itu jer.....;p

Kalau difikirkan balik, banyak pulak bas eksiden lately ni....huhu..so, yang paling baik, naik kete sendiri...puas hati....

Sekian...





Monday, December 13, 2010

Countdown kematian melalui FB

Salam,

sedang aku asyik melihat tajuk2 hot di malay mail online, aku terkejut membaca satu artikel ini: 45-minute suicide countdown on Facebook (FB). Terkejut!..skang, FB bukan sahaja sebagai community website, bahkan utk countdown for committing suicide...


Credit to: Malay mail



Takut dan seram jugak apabila membaca ayat2 terakhir daripada org yang akan meninggal ni tambahan pula apabila kita sedang berbual atau membalas komen2 nya di FB..Apa-apapun yang kita alami, seteruk mana pun kita hadapi, ingatlah Tuhan dan keluarga tersayang..nyawa lebih penting daripada ex-teman wanita.....



Saturday, December 11, 2010

HKLBR

salam to all,

Tu diaa...tak pernah aku terhibur sangat2 apabila menonton wayang....cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR) ni mmg mengaktifkan urat2 gelak dan geli kt badan aku..LOL..memang 5-star la crita ini utk kategori komedi..

So, kepada sape2 yang belum menonton filem ini, baik kome pegi skang...dijamin lawak gler2 punye...hehe....

ni dier nye OST....

http://www.youtube.com/watch?v=0MhEvm7_hvA

Friday, December 10, 2010

10/12/10

Salam to all,

Hari ini merupakan hari lahir emak yang ke 57..selamat hari lahir buat emak yang tercinta....semoga diberkati selalu oleh tuhan, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan berbahagia bersama keluarga hingga ke akhir hayat.

Inilah keluarga kecilku. Wanita yang aku pegang itu ialah my emak....:)


Tuesday, December 7, 2010

Random

salam to all

Story 1

right now, i have no idea to writing..i don't know why...may be my brain is too condensed resulted from the so long holiday..i want to reaffirm here that i hate long holiday too damn much.

When you are in the state of boring, your daily routines might not help you out the misery. of course, what we do daily is just what we through every day..nothing interesting...so I've tried to plan to go somewhere during the holiday..last week, i went to Kedah and Penang but not for the planned trip. it was just attending the reception..yes, wedding reception..it can't be described as holiday..

But again, all my plans are such a crap. when i try to figure out the costs, the place, transportation, the stay etc, wow! they are so "out of budget". so i crossed the plan and hop on the new one.unfortunately, still the same occurred.

i still keep thinking yearning for the best holiday in this month...hope, i will get the best place to indulge in...

Story 2

My nephew has undergone circumcise on last Sunday. it reminded me to my experience on circumcise. there are very wide gap between past and now. my nephew at this time, just after 2 days can walk properly with his pelikat. he also can have anything that he wants to eat. no dont's for him as the doctor also meant it. i was first shocked when the doctor with his slumber explained to me about that.

My nephew was also very happy like nothing big happened to him..to try it out, i scared him by saying that the doctor would cut the "thing" off and how painful it was. yes, it failed. good for him.

In this modern time, the tools also become more advanced. no pain at all..i valued it from looking at my nephew's face..he was just slumbering while reciting some Doa.

Story 3

Now in my house, there are three kids (2 nephews and a niece) and what do you expect from that? yes, it is really noisy and filled with laughter. they really made me realised that it is not easy to look after on them. in addition, two of them are my late brother's children and they lack of love especially from their father. so to take care of the orphans are more challenging compared to the children who have parent. they are so fragile, nonchalant and really hard to comprehend. yet they are scared of me because i am firm...hihi..

So those story above are randomly produced...



Friday, December 3, 2010

Zaman Kanak-Kanak

Salam to all,

kadar kereaktifan aku untuk menulis blog amat tinggi....tambah2 bila dengar harga minyak RON 95, gula, diesel dan LPG turut sama join RON95..terdahulu, RON97 dengan bangganya telah menjadi bahan bakar yang naik starting on 1st December...sebenarnya, aku lebih suka no comment pertaining to this matter sebab kerajaan pun telah beri warning awal2 dahulu nk hapuskan subsidi gradually..tp the interval is too short la....rakyat mungkin sedikit shocked dengan perubahan ini..yang penting, aku masih curious ttg RON 97 sbb harganya diapungkan..boleh jadi turun, boleh jadi naik...so, aku mau tggu harga dier turun lak....bleh jadikan?hehe...takkan naik je kot..something must go wrong somewhere ni...;p

Berbalik pada topik di atas, aku saja mau menulis ttg kanak-kanak..maklumla, sekarang dh dewasa..tringin pulak nk kembali ke zaman lampau..(x la melampau sgt).biase la tukan....waktu kecil, tak sabar nak tunggu besar, bila besar, nak pulak balik ke zaman dulu2.
berikut ialah saat2 yg agak menarik ketika bergelar kanak2.

1. seorang kanak-kanak yang comel dan baik...sgt naif. suka tersenyum.
2.sampai umur 6 thn, ayah aku suapkan makan..duduk dpn tv sambil tgk teenage mutant ninja turtles sekali ngan kakak aku..adorable kan?hehe
3.semasa di tadika, aku pernah dapat no 1 dlm pertandingan melukis...it was so unbelievable coz aku mmg paling menyampah thp gaban dengan melukis...ala, lukis gambar bunga then colour..waktu tu, tgn aku masih x parkinson kot..haha
4. aku jugak secara tak sengaja termasuk lak acara tarian zapin yang paling kelakar bg aku..kene silang2 kaki gituw!!..haha....tp masa tu mana tau malu kan..bila tgk video tu blk, aku rasa nak menyorok bwh katil 4 jam....;p
5. entah kenapa waktu sekolah rendah, aku sering jadi ketua kelas..utk thn 1, 2 dan 6..thn 4 dan 5 pulak jadi pengawas...thn 6 aku resign jadi pengawas sbb nk bolot jadi ketua kelas plak...hehe..nungkin aku berwibowo kot..;p
6. lupa pulak..aku pernah jadi pengawas pusat sumber waktu thn 4..shelf yg. aku akan mula-mula kemas kalau bertugas ialah tempat ensiklopedia...aku sgt suka ttg astronomi ketika itu...so, sempat la curi2 baca buku..tp most of the time, aku baca buku....ulat buku tak aku?hehe
7. Aku sewaktu kecil agak berisi..bila loceng balik bunyi, (aku tekan sbb aku duk sblh ngan tempat tekan loceng), trus la beratur, kawal kelas dan aku akan lead smpi pagar sekolah..trus masuk acara lumba jalan kaki balik umah..smpi umah, campak beg, tukar baju, trus makan..haha.
8. Petang2 plak, biase la main kat padang..aku dulu selalu la mengamuk tak puas ati kalau kalah..main galah panjang, kejar2, besbol, dll...mesti aku buat kecoh...haha...
9. aku dulu menetap di PD...so pengalaman yang aku x akan lupakan smpi bila2 ialah bila ayah aku slalu bawak jln2 g pantai Pd..kadang2 tgk sunset, makan malam takpun g pasar malam...rasa sgt syok ketika itu.....mintak ape je, mesti dpt...kalau x dpt barang, mungkin dpt pelempang...LOL......
10. aku dulu kalau malas jalan kaki balik sekolah, aku naik bas tp x berbayar...rumah punye la dekat ngan skolah...pemalas nye ko mior! caranye ialah, tahan bas. kemudian, naik..selepas itu, bila konduktor dtg mintak duit tambang, cakap ajer PAS (sesiapa beli pas)..so, konduktor pun blah gitu jer...ye la, bas dh mcm tong sardin..mujur aku je x kemek....haha..bijak..bijak....

Sebenarnya banyak algi kenangan manis aku sewaktu kanak2...aku sgt appreciate ayah n ibuku sbb pernah menetap di PD, tempat yang amat cantik dan sgt2 meninggalkan kesan dan kenangan terindah di sana......so sejak thn 2007 smpi sekarang, mmg every year kitorang p vacation kt PD...hehe...

Wednesday, December 1, 2010

Saman

Salam,

sbenarnya, jarang aku menonton berita utama di tv sejak menjak ni sbb aku prefer baca berita kt internet....lagipun iklan kt tv3 kadang2 panjang sangat....tv1 lak mcm suram jer aku tgk....tak tertarik utk menonton...aku prefer astro awani dan bernama lagi..ringkas, padat, tepat dan mutakhir..haha...semalam (30/11/2010: 8.00 mlm).. aku terdengar penyampai berita cakap:kalo nak bayar saman, bayar dalam jangkamasa dua minggu bermula dari hari ini sbb dpt diskaun 50%....tp ayatnya lagi formal la....mampusla kalau pemberita baca mcm ayat aku ni...aku trus senyum...hehe..bukan ape...diskaun 50% tu bkn senang nk dpt tmbh aku nyer saman rm 300 punye..x main la amaun yang kecil2....haha...so pagi ini (1/12/2010: 8.00 pg) aku dengan rasminya telah membayar samanku yang berjumlah rm 300 itu dengan amaun rm 152...lebih 2 ringgit sbb aku pay online..zaman dh cnggih kan..x yah nk g balai polis yg buruk tu...hehe

so pendapat aku ttg saman ni..mmg la geram sbb kene saman...sblm ni aku dh kene 5 saman..2 drpnya waktu pandu kete ayah aku dan 3 kereta aku sendri..ini menunjukkan aku still pemandu berhemah and at the same time, i am fast and furious...haha..tp bila fikir balik, ini lah cara nk mendidik masyarakat di Msia utk memandu dengan lebih berkhemah..eh, silap,berhemah...
so, kebaikan tindakan govt.utk menguatkuasakan saman ini aku list kan kt bwh

1. dpt mengurangkan aktiviti pemanduan haram di jalan2 biasa dan highway...
2. dpt mendidik masyarakat agar bersabar ketika memandu
3. dpt mendidik masyarakat utk menyayangi duit sendiri (membazir giler rm 300, leh bli levi's jean tu)
4. dpt mengurangkan kadar kemalangan
5. dpt mendidik masyarakat agar mematuhi undang2
6. dpt mendidik masyarakat agar memandu secara berkhemah,,errr berhemah
7.utk kerajaan, dpt menambahkan pendapatan negara...haha.
8. dpt mendidik masyarakat agsr rasional dan berfikir sebelum bertindak..ye la, kawasan 60km/j, bwk la 60 jer..x yah nk pecut..kan dh kena saman mcm aku..sume kene kt kwsn 60km/j...ceh..buang karan
9.membuatkan masyarakat berfikir kjaan amat serius utk bertindak sbb slama ni, undang2 jalanraya slalu di "breach"
10. pengajaran kepada masyarakat bhw hidup perlu undang2...jgn main hentam aje

tapi sebelum itu, kjaan harus memastikan bhw segala persiapan perlu dilakukan sblm menguatkuasakan undang2 itu dengan jayanya.

1.update la signboard kt jln raya tu..kdg2 aku tgk, sekejap 60 km/j..x smpi 200 m, halaju tamat....kat dpn x smpi 500 m lak:peringatan 60 km/j....mane la tau brape had laju kt situ...buatnye polis standby kt situ,, naya.(dh kene kt aku, kompius)
2. jalan raya perlu diupgrade dan pastikan ciri-ciri keselamatan ade dengan baik...
3. saman jugak pemandu yang pandu kereta belah kanan, tp slow nk mampus....(aku rase sbb ni la rakyat msiaa rata2 memandu laju sbb geram sgt ngan mangkuk yg slow ni)..kdg2 lori dan bas pun pandu sblh kanan...kenapa nak duduk belah kanan?ikut sunnah ka?pious btol ye....
4. buat pemerhatian lebih kepada lori2 yang lebih muatan sbb kadang2 aku ambil masa lebih 20 minit mengekori bontot lori ni.....so pemandu akan cepat fed up dan ini semua boleh mengundang kemarahan yang melampau..so, ble dh tersedak,,eh, terdesak, potong kt double line pun bleh...
5 Msia negara kecil tp sistem lampu trafiknya mengalahkan di metropolitan city......cube kaji blk sistem lampu trafik tu.mana2 simpang leh di adjointkan, adjointkan aje..ni setiap taman perumahan nk ade traffic light smpi kdg2 1 minit nk tggu...ini juga belh mengundang panazzz beb...cth: aku gerak dr ipoh city nk ke pasir putih (9km, approx) lebih kurg 20-30 minit nk smpi tu..all because of the poles.....

so, aku sgt2 la bersetuju dgn penguatkuasaan ini dilakukan tp penambahbaikan juga perlu dong spt mane aku tulis kt atas td....ini bleh mendidik rakyat msia supaya merfikir seperti masyarakat kelas pertama..bersistematik dan efisien...aku kdg2 nk kluar simpang pun psg signal...nmpk jer brutal bile bwk kete, tp signal2 ni aku x lupe beb...tali pinggang pun pakai even for short destination..ble ade kete nk potong, cpt2 aku masuk kiri.tp aku jrg bwk kete belah kiri sbb aku laju..haha..cume aku admit aku seorang yang panas baran dan agak laju ketika di jalanraya....tp undang2 lain sume aku ikut....nasib la kene saman sblm ni..haha

Wednesday, November 24, 2010

Rangkuman saja

Salam,

Aku wat entry lebih kurang cam snippet la...rangkuman aje..x da topik yg spesifik utk ditaip di blog ni.....ni ape yang aku tgh fikir pada hari Rabu, 24 Nov 2010 bersamaan pukul 1030 malam...

1.terkejut juga dengar berita (Rabu, 24 November 2010) tentang kedua-dua negara KOREA ini..Korea S sebauah negara maju dan kini menghadapi tekanan peperangan dengan jirannya, Korea U..harap-harap tak berlakulah sbb banyak implikasinya nanti..terutama dalam ekonomi..semua maklumkan Korea S kan sebauh negara maju. Selepas ni, nak tgk movie Made In Korea pun x dpt dah..hehe

2. Sukan Asia yang ke??...(sori, x update sangat Sukan Asia kali ni)....tahniah kepada Nicol David kerana memenangi emas untuk squash wanita....beliau memang hebat...nak tau juga apa rahsia beliau kerana sangat super duper (menunjukkan betapa terernya) konsisten dalam setiap game..boleh dibilang dengan jari berapa kali jer beliau tewas..(ntah, aku pun x tau)..begitu juga dengan atlet lain seperti Azizulhasni Awang dll.....well done!.tapi yang paling menarik ialah SKUAD HOKI LELAKI NEGARA yang layak masuk final..ni mesti tonton!!

3. Aku berjaya memiliki laptop baru..walaupun hanyalah berjenama cikai, HP, tapi ok lah tu kan...hehe...aku amat meminati brand HP kerana design nye kot...nampak classy..dan sebelum ni jugak, aku memiliki laptop compaq...mungkin sbb dh get used to the brand kot...senang nak cari driver compared to other brands..yang penting kali ini specs nya agak bagus..intel core i5, ade kad grafik( laptop lama tarak) dan window 7 genuine...siap dapat 23 free gifts (walaupun aku rasa thosed things are not necessary).Anyhow, laptop ini tujuan yg paling utmost skali ialah untuk pnp (pengajaran dan pembelajaran) di sekolah..senang nak ajar guna laptop..murid pun cepat faham..so skang dh ade 2 laptop, bleh la bermaharajalela download, main game and bla bla bla...

4.cuti adalah bosan...seriously boring to the max....kalau cikgu lain mungkin suka dengan "holi day" ni, aku against this crap....bayangkan la selama 50 hari lebih (sori aku x mau amik tau brape hari pun) tanpa berbuat ape2 selain makan minum main tgk tv, internet...fuh, bosan banget!internet telah menyelamatkan aku drp pengsan kebosanan...(by the way, tv is so dull nowadays).takkan aku nak jadi mat rempit kot cuti lame2 ni..takpun jadi kaki lepak...sorry!
so i have to manage my days so that it will be fulfilled with useful events..terpaksa la spend money pegi makan angin....(but it's worth it)

5. Ntah kenapa aku jadi benci sgt dgn surat khabar arus perdana skang..rasa mcm nothing lor....sikit2, politik...(tak mau elaborate pjg2)

so, kesimpulannya saya sangat bosan!sekian, terima kasih

Saturday, November 20, 2010

Cuti


Salam,

Itulah untungnya menjadi guru...sejak memasuki alam persekolahan sehinggalah bekerja sebagai guru, cuti hujung tahun memang dapat dinikmati sepenuhnya...tetapi, kalau terlalu lama boleh jadi bosan tahap gaban....(standard piawaian yang paling tinggi)..

Tapi, tahun 2010 ni telah memberikan aku banyak kegembiraan kerana usaha yg telah dilakukan membuahkan hasil...antaranya ialah keputusan UPSR baru-baru ini.....harap-harap, tahun depan akan bertambah cemerlang, gemilang dan terbilang.....


Gambar di atas menunjukkan wajah2 ceria murid-murid sekolahku yg telah mendapat 5A.27 org kesemuanya..meningkat kepada 9 org berbanding tahun lepas...hope u guys will succeed in your future life...

*Biasalah kalau murid dapat score cemerlang, org akan kata itu semua sebab murid tu pandai. tapi kalau sebaliknya, ia salah guru.Tak pandai mengajar...adat la tu kan...;p





Friday, November 5, 2010

flood

Salam

Recently, headlines of local newspapers portray about the victims of floods in the two northernmost states in Peninsular Malaysia, Perlis and Kedah...while the flood in Perlis is subsiding (until 4/11/2010), the flood in Kedah is worsening and expected to be "more harmful"following to weather forecast..this is an annually occasion due to easterly monsoon that basins substantial amount of rain...

Some people might said that this is just because of mother nature or else, is really a natural phenomenon..indeed it happens to complete her cycle...some might said that this is a disaster due to human's misbehavior or wrongdoings/do not oblige/do not worship or "whatsoever" to God.

whatever the interpretations are, every people who is experiencing bad weather have to take safety precautions and avoid to play with flood. within the inundating water, i can see children play delightedly and without parent's surveillance. I'm in daze. yes, may be i am too rigid about this but don't you feel sorry to hear about the death of people because they slipped off the bridge while swimming, died because of they were fishing nearby the river?...it is monsoon season and of course it is really HAZARDOUS..i would rather to be schematic by just staying put at home than playing outside where there are many possibilities to be injured, and the creep one, DIE....

As for safety measure, PARENTS should monitor their kids. every moment is crucial because kids are so agile. they are very excited and awaiting the season to happen..not just the parents, neighborhood also plays major roles as well as parents. if they really want to have fun by swimming or whatsoever, it must be under parent's surveillance to ensure the safety.

people always never take into consideration about it..when it had been happened, then they just realize that they lost their beloved ones..........

Monday, October 4, 2010

unspecified title

yes..for this week, I've changed rapidly from being an idle to more alert in blogging..anything happens is to be written...haha...funny me..;)...i think it is likely a personal diary rather than a blog...but seriously, i do not know what blog is..it's really bugging me yet i like to read blogs and my blog is excluded...

when talking about blog, i like reading blog pretty much. i am uncertain what is the "aura" of blog as i can bond with it...but i am pretty sure that the anonymous, who writes blog is boundless, wise, critical, and depth of thinking. hello, i am not talking about myself. again, me is excluded..

now we are in the end of year...and of course, workloads are now getting less and less...but, i have to cater with some works which need to be settled down before hopping myself on a long holiday, the much awaited month for students....and also teachers...:)....for me, this year is running so fast and am sure that the next years also will be as fast as this year...or even faster....may be the earth has changed its speed...or somebody turns the clock system to be faster....hehe.......

for certain circumstances, i just hope that the earth will slow its rotation and if it is too much, turn back time to alter the mistakes that I've done....after all, it's just a fantasy....

Thursday, September 30, 2010

pet lover konon

it is not easy to writing, especially in blog....just reflect on me...after an utter long rest, then i emerge to live up my not so beloved blog....;p..yes, as usual, my reason is i am lacking of sources, for me, my story is not as interesting as other bloggers who have infinitive thoughts and "out of box"...

since my last post about my colleagues who had transferred to their new school, (of course, they applied for the transfer), nothing much interesting happened as my life is so dull and drizzle. is it normal?or am i abnormal? but do i care? oh no...such a crap!!

but the very best part of my life that happened lately is, i have learn about respectability. please respect people's privacy and rights..yes, it is indeed their rights! as you know that something is really theirs, so no need to be bloody stupid to say that it is yours and ignore about it..

the very best example is in neighborhood...as you know that your neighbor is so concern about hygiene and clean environment, so don't pollute it even you do a bit...a bit for you, a massive hurt for them...i don't really know why people love cat so much by acting pretentiously, hugging the cat but in the real, they don't even bother to feed the cat and chase them away...latter the cat has become a "beggar" and comes neighbor's house and bugging them...what a brain damaged people!!! you got profit because you are a pet lover without providing a shelter for it....but it shelters under or on your neighbor's car...and on the next day, the cat left a really deep in meaning signature on the car..(scratch)...oh..what a stupid pet lover konon!!!!

Sunday, June 6, 2010

Bertemu Dan Berpisah

Salam,

Entri ini khas sempena perpindahan En. Ku Adzrie dan Pn Noorira ke sekolah baru...Ku Adzrie berkhidmat di SMI2 sejak 2008 (1st posting, sama macam aku) manakala Noorira mula berkhidmat di SMI2 pada tahun 2009..walaupun sekejap, tapi rasanya sudah lama mengenali mereka berdua terutama Ku Adzrie kerana kami selalu lepak di Pizza, McD, Burger King dan lain-lain restoran di bandar Ipoh ni.hehe..

To both of you,
good luck in your future dan kerjalah dengan sehabis baik seperti yang telah kamu berdua tunjukkan semasa di SMI2 ini..memang rasa sedih sedikit sebab mereka berdua ni duduk bertentangan dengan aku di bilik guru..selalu chit-chatting, mengutuk (LOL), meluahkan perasaan dan lain-lain lagi....lepas ini, masuk morning session, mesti terbayang-bayang korang ada depan meja aku....huhu...

Ku Adzrie@Mr. Mama..hehe


Pn. Noorira- Ibu angkat kelas 4 Pintar..LOL


Janganlah lupa dengan SMI2, sekolah yg paling glamour di Ipoh ni..hehe

Monday, May 31, 2010

Fish (Tak tau nak bubuh tajuk apa)

Salam,

Semalam, sedang melayari internet (bukan bahtera..hehe), aku terdengar akan berita tentang guru-guru di Terengganu diberi insentif atas pencapaian yang membanggakan dalam upsr, pmr, spm (kalau tidak silap)..wah, bagus! ini dikira sebagai penghargaan kerajaan negeri terhadap guru2 mereka.....memang terengganu sangat cemerlang dalam UPSR terutamanya yakni sejak tahun 1998 (kalau tidak silap)sehingga sekarang..ranking no 1 sentiasa..kajian mesti dilakukan dan program2 yang dilakukan oleh JPN Terengganu juga boleh diikuti...tetapi, mungkin murid-muridnya memang bijak-bijak atas faktor pemakanan...mereka makan ikan yang segar setiap hari..tidak sah kalau tidak ada ikan...terutama ikan tongkol (my favourite)

Picture: credit to google.com

Mungkin juga...faktor pemakanan merupakan salah satu faktor penting untuk menjana tubuh badan yang sihat dan minda yang cerdas....mungkin ada pihak dari mana-mana universiti boleh membuat kajian mendalam tentang ini..hihi...selepas ini, murid-murid perlu makan ikan selalu supaya pandai..senang sikit cikgu nak mengajar....:)

Selepas itu, aku terbaca artikel dari The Star Online....tentang seorang guru yang menerima "award" Tokoh Nilam, Encik Alias Ismail iaitu rahsia kekal cergas dan nampak sihat, agile and vigorous.....rahsianya ialah reading and having active sex life..wow!!!..hebat betul cikgu ni....

Picture from google.com

Membaca memang boleh membuatkan kita lebih sihat sebab apabila membaca, kita akan sentiasa berfikir dan cuba berfikir dan melalui pembacaan, mood kita akan menjadi baik....sepatutnya, membaca perlu dijadikan tabiat supaya kita akan menjadi lebih progresif dan maju.....

Having active sex life juga penting tetapi aku tidak pernah lagi experiencing sebab aku masih bujang...heheehetapi melalui pembacaan dalam internet dan buku2, aktiviti seks boleh membuatkan kita menjadi segar, aktif dan mendapat pemikiran yang baik.....well, that's it....

Last but not least, farewell to Mr. Mama @ Mr. Ku Adzrie for his departure,after school holidays.he is going back to his beloved hometown for good after struggling applying to be posted there...well, you know him from his name, Mr Mama, who grew his only daughter up without his wife who is studying in Kedah, afar from him, since she was born until now.....what a man!!!


Tuesday, May 25, 2010

Sunday Event (late update)

Salam,

after about 3 weeks waiting for watching iron man 2, then it came true on last Sunday...late reservation has made us (ecah, aril and me: we were coursemates in 2007) sat in D row which was close to the screen..however, our view was okay and no need to head up....:).. overall, iron man 2 is an interesting and funny movie....i have never been keen to watch superheroes movies unlike iron man 2...it's exceptional...

After watching, we decided to fill the tank in secret recipe...so, we've enjoyed eating brownies cakes and iced chocolate bought by ecah....after never been meeting for almost 1 year, we talked much and chattering like there was nobody around.....but, it's such a relief....

The mouthwatering menu that we had after watching movie.....now, i realized that the brownies cake tastes good.

The part that we laughed half to death was when i told them about my friend who imagined that iron man 2 movie depicted about a man whose job is ironing clothes....hihi


picture:google.com


so, would you like to watch iron man 2 if the poster of that movie is like the above picture?hihi.:)



Saturday, May 22, 2010

Phobaeticus chani @ belalang stik

Salam,

baru-baru ni, rakan aku yang bertugas di perbatasan (bkn askar, tp cikgu..hehe) di kawasan pedalaman dan yang paling terpencil di Malaysia: Saliliran, Sabah telah meng"upload" gambar-gambar cantik dan menarik tentang organisma yang telah dijumpai....bagus Juhari..masih mempraktikkan sampling walaupun kau sudah lama meninggalkan bidang yang kite pernah ceburi dulu sewaktu undergrad...

Jangan takut melihat gambar di atas kerana itulah kawanku yg bertugas di perbatasan membina batas-batas ilmu untuk menyemai ilmu pengetahuan untuk anak muridnya....(ayat power)..


Antara gambar-gambar organisma yang paling aku tertarik ialah belalang stik atau Phobaeticus chani. Makhluk ini amat unik kerana ia dikategorikan sebagai insect yang paling panjang sehingga mencapai 57 cm length.....hebatkan?...


The picture above: Credit to google.com

Gambar di atas ialah gambar belalang stik...bukan yang berjambang tu ek..yang mcm ranting kayu tu.....Cantik kan?unik sungguh....

Nak tau more info tentang insect yang unik ini, sila klik link di bawah:

http://en.wikipedia.org/wiki/Phobaeticus_chani


Ni la belalang stik yang dijumpai oleh Juhari @Joe yang berada di perbatasan itu....serangga ini pulak begitu istimewa sbb hanya boleh dijumpai di Kepulauan Borneo sahaja terutama di Hutan Kalimantan dan Hutan di Sabah...so, Joe mmg the lucky laki la sbb dier dapat menerjah serangga ini...Sebenarnya, banayk lagi species-species aneh tetapi menarik yang belum diselongkar dari Hutan Banat di Sabah Sarawak tu....Sesungguhnya alam yang kita diami ini sungguh misteri...Inilah menggambarkan kebesaran dan keagungan Penciptanya.....

*Spesis baru ini sebenarnya telah ditemui pada Oktober 2008 dalam projek Jantung Borneo (Heart of Borneo) oleh WWF dengan kerjasama dari negara Indonesia, Malaysia, dan Brunei.

Wednesday, May 19, 2010

HUJAN

Salam,

Entri ini bukan berkisar tentang band H.U.J.A.N..tetapi tentang hujan..hehe..Lately, hujan selalu turun dengan lebatnya..itulah rahmat daripada tuhan..Aku ni agak pelik sedikit kerana aku suka hujan..aku suka keadaan dan pemandangan waktu hujan..cantik, tenang, bersih dan bau hujan tu pun aku suka...hehe..pelik kan?

Band H.U.J.A.N pun aku suka..

kerana hujan yang turun dengan lebat semalam lah menyebabkan adapter modem wireless aku dipanah petir..huhu..Confident je x bukak adapter tu waktu hujan lebat....padan muka aku..mujur ada wired modem TM nyer...

Jadi, pengajarannya, kita mestilah menanggalkan soket atau adapter sewaktu hujan yang disertai kilat sabung menyabung....:)

Monday, May 17, 2010

Guru

Salam,

Aku menulis entri ini pada 17 Mei 2010, sehari selepas Hari Guru....Selamat hari guru aku ucapkan kepada semua guru yang ada di Malaysia ini terutama guru-guru yang telah mengajarku..Jasa kalian tetap ku kenang sampai bila-bila...

Ini merupakan pandangan peribadiku tentang pekerjaan guru ini..

- Pekerjaan sebagai guru tidaklah semudah yang disangka kerana tidaklah mudah untuk mencapai objektif pembelajaran yang telah ditetapkan dalam "Rancangan Pelajaran Tahunan" atau "Yearly Plan".Sebagai contoh, subjek Sains..katakanlah guru itu mengajar "water cycle".. (State of Matter)..Seseorang guru itu harus downgrade kan pemikirannya utk memastikan bahawa anak muridnya faham akan konsep yang diajarnya..jika silap "ajaran', maka silaplah ilmu yang diberi..(tanggungjawab itu besar, bukan?)

-Guru berdepan dengan sejumlah bilangan murid yang banyak (bergantung kepada sesebuah sekolah, kadangkala mencecah 1000 atau lebih).setiap hari berdepan dengan sejumlah murid ini dengan 1001 macam karenah..Perasaan guru-guru ini mudah terganggu atau annoyed jikalau murid-muridnya melakukan perkara2 yang di luar jangkaan..Guru banyak bermain dengan perasaan dan emosi...

-Guru juga berperanan sebagai polis di sekolah..menyelesaikan kes2 disiplin, sebagai kaunselor, menasihati dan membimbing murid2.

-Guru mempunyai pelanggan (murid) yang mencapai sehingga 40 orang dalam satu kelas (bergantung kepada sekolah juga)...tanggungjawab guru bukan sahaja mengajar, bahkan mengawal kelas, memastikan kerja rumah yang diberikan siap, mengajar nilai-nilai murni, menjawab soalan yang diajukan oleh murid, memastikan kelas bersih dan lain-lain lagi...katakan seorang guru itu mengajar maksima 7 waktu sehari..bayangkan lah berapa kali dia memasuki kelas dalam sehari dan melakukan benda yang sama pada kelas2 yang berlainan.

-Selain itu, guru-guru sekarang dilihat banyak dibebankan dengan tugas2 yang diluar daripada matlamat asal iaitu mengajar..(ini hanya pendapat)...dengan kertas kerja yang banyak, laporan-laporan yang pada aku tidaklah begitu memerlukan, kursus yang perlu dilakukan dan dirancang oleh pihak sekolah sendiri..(42 jam setahun dan kebanyakannya dilakukan pada hari sabtu kerana kekurangan waktu), program-program tertentu yang kadangkala memakan masa yang lebih (pnp terganggu)...jadi guru semacam tidak menang tangan yang mana hendak dilakukan dahulu selain mengutamakan pembelajaran..itu tidak termasuk tugas2 pengkeranian yang lain seperti mengutip yuran, merekod pembayaran yuran, menulis resit dll.

- Antara cabaran yang terbesar bagi guru sekarang ini ialah disiplin murid..murid-murid sekarang diakui lebih bijak pandai berbanding murid2 dahulu..tetapi dari segi perangai juga, mereka lebih advance dan kurang adab berbanding murid2 dahulu..jikalau ditegur, dilawannya kembali..jikalau didenda atau dirotan, dipanggilnya ibu-bapa pula dan berlakulah pertengkaran antara ibu-bapa dan guru serta pihak sekolah sehingga saman menyaman boleh timbul dan kes polis juga boleh berlaku..jadi, guru tiada pilihan lain seolah2 dikekang..oleh itu, ramai guru tidak dapat melakukan tanggungjawabnya iaitu mendidik dan hanyalah mengajar, mengajar dan mengajar...

- Masa untuk guru bekerja pula memang kurang berbanding dengan penjawat awam yang lain tetapi sesetengah guru terpaksa membawa pulang kerja2 yang tertangguh ke rumah...seperti menanda buku (kalau lewat tanda, dapatlah "complaint daripada pihak ibu bapa), melengkapkan data2 atau fail2 dan merancang pembelajaran untuk hari seterusnya..(menyediakan worksheet dll)...

Ini hanyalah sebahagian daripada pendapat peribadi aku tentang guru..bukan untuk merungut, tetapi sekadar renungan bersama bahawa bukan mudah bergelar guru seperti yang disangka..persepsi orang zaman sekarang suka mengatakan bahawa pekerjaan guru itu mudah dan senang..tetapi ia sebaliknya..setiap kerjaya itu pasti ada kesukarannya..tiada kerja yang
mudah dan senang di dunia ini....

Akhir sekali, selamat hari guru..."GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"

Friday, May 14, 2010

Thomas Cup

salam,

Well, u guys knew that msia team defeated by China 3-0 in the Thomas Cup..whatever it is, congratulation to msia team which have been playing the games hardly and i think they have tried their best to win.but they're just unlucky....we have to accept the fact that The China team is very powerful and unbeatable...
The thing that douse me is, Msia supporters are tend to condemn rather than fully support the team...come on..talk is cheap...be the player and try to play...then feel the bitter that the team have to experience with...It is unreasonable for them to play for fun, to be teased by their own supporters and to belittled by their opponents...

Thomas Cup


To criticize the team is not wrong as long as it is constructive.....not condemning...we just hope that someday, the msia team will seize the thomas cup and bring a proud to our country...and continuously support them.....then, i think they will succeed...

To forget the defeat, let's watch Thomas and Friends....hehe:)


Wednesday, May 12, 2010

Hero Kanak-Kanak Dulu-Dulu

salam,

Rasanya sesiapa yg lahir pada awl thn 80an mesti ingat rancangan tv yg dulu-dulu mcm flashman, maskman, suria perkasa hitam, cybercops, moero attack dan lain-lain.....bile tringat balik, tetibe gelak sorang2....influence cite-cite tu sgt kuat hingga lepas je abis cita flashman tu, ajak kawan-kawan main lawan-lawan....aku slalu jadi flashman merah....hahaha...hero la konon....

Inilah hero2 flashman tu...kene culik makhluk asing pastu pulang ke bumi jadi hero.....aku yg merah tu..haha...maskman plak lebih kurang mcm flashman...siap ade gune simbol tangan sblm jadi maskman tu....



Ni plak salah satu "senjata" maskman...kalau masa bdk2 dulu, rasa kagum tgk mende tu...tp skang nampak kelakar abis...




Yang ni plak polis cyber atau cybercop....x brapa popular sgt la.....yg bestnyer sbb ade heroin cun...hehe..


Yang ni sape tak tau, dier bkn lahir pada tahun 80an atau awl 90an....GABAN!!!.hiappp!!


Dan yg ni mmg hero 80an.....suria perkasa hitam..mmg best.....tgk motor dier...mgancam abis...mata dier pun...hehe....

Tapi cite bersiri moero attack paling nostalgic bg aku...ye la,cite bersiri kan..mmg layan tiap2 ari...kire membesar ngan tgk cite ni..byk lagi cite2 jepun dulu yg best...mmg klasik, cantik, dan layannn....

tapi sekarang, aku dh kurang berminat menonton cite2 mcm ni.. ye la, dh besar kan.....:)....

Tuesday, May 11, 2010

Exam

salam,

this week is so magnificent...perhaps people don't like EXAM and i contradict that 'fact'...haha..not because i'm lazy to teach..but this week is the best for teachers to settle their abandoned works, to complete tasks etc....

pity to my pupils because i still give them homework to do at the eleventh hour...but it's worth it...just to make sure that they are well prepared..i hope they will do at their best....

But they have to think that the two "heaven" weeks await them in June..so nothing to feel sorry for them....:)

Sunday, May 9, 2010

Hari Ibu

Pn. Siti Rodzi & En. Zaman

Selamat hari ibu utk ibuku, Pn. Siti Rodzi Bt. Syed Aziz...semoga berbahagia selalu, dimurahkan rezeki, sihat tubuh badan dan bergembira selalu....pengorbananmu itu tiada tolok bandingannya...

The Used

salam,

I listen to certain songs depend on my mood…for this week somehow,, i don’t get bored at all listening “empty with you” repeatedly by the used…

the guy who introduces the used to me for the 1st time.he is strange..haha

the song is cool and i don’t know why i like it very much….but for sure, berth (the vocalist) has made me turn on…

screaming!!!!

*always practicing screaming in the bathroom*…cool!! haha

MU

salam,

I’m a MU fan….what is MU? definitely Manchester United..and i became the fan of MU since i was 10 yrs..at that time, i can still remember some players who were very impressive notably Eric Cantona of course, Mark Hughes, Ryan Giggs, Steve Bruce, Roy Keane, The best goalkeeper ever, Peter Shmicael (i always wrong in pronunciation) and many more…

the first game i watched that involved MU was with Newcastle utd…and to the surprise, Newcastle Utd was the team which leading the league at that time…MU was at the fifth place……playing at old trafford made MU won 3-1 and since then, MU always won and won….and finally leapfrog all the teams to be on top till the end of the season…

1994 team

it is amazing for me to see MU have won the league trophies since 1994, 1996, 1997, 1999, 2000, 2001, 2003, 2007, 2008 and 2009..the looming started in 2004 till 2006 where they got some crisis and disputes which eventually settled down and rampant again since 2007 till now..the year that made me feel lamented was in year 1995 when MU was just left 1-2 (i think) points behind blackburn rovers…they lost to west ham in the last game and resulted blackburn as a champion at that time (luckily they have shearer)……

and i think this year will be the same as 1995′s season as they left 1-2 points behind blackburn….and i just hope that MU still have a chance to win both games which seem easy for them to win…to chelsea side, they also have a very big opportunity to be crowned if win against Liverpool and wigan..(liverpool is a lil bit hard)..whatsoever, the chance is still open widely…they lost, they fail to be the champion..that’s it…and for me, of course i hope MU will win both games and chelsea will at least lost one game….no offense to Chelsea fans….;)

Bukit Tinggi

salam,

rancangan utk aku bercuti di bkt tinggi telah lama berada dlm fikiran aku…tgk website dier mmg klassss….cantik dan mcm kt paris walhal kt janda baik jer…hehe..so, plan nk ke bukit tinggi ni sgt la promptly, sembang2 ngan kakak aku, dier pun setuju..trus bukak website, tgk bilik hotel….telefon hotel, trus booking….semudah ABC…..haha…

main entrance, colmar tropicale bkt tinggi...sgt klasik

so, aku dan keluarga bertolak hari ahad (sehari selepas penamaan calon pilihanraya p94 hulu sgor)..hehe..aku ingat sebab masa bertolak ke sana, aku cdg nak ikut jln genting highlands sbb dekat…tp jam giler-giler sbb orang sedang berkempen…haishhhh…aku dengan furiosnya enter PLUS highway, ikut la jln gombak, highway karak, seterusnya sampai la bkt tinggi…memandu kete ke bkt tinggi sangat la best sbb byk selekoh dan naik bukit…

jadi, utk memendekkan cerita, aku tunjuk gambar je la…lagi senang….

ni trail ketika menuju taman jepun...sejuk jgk la walaupun kol 1230 hari...

ni signboard botanical garden..mmg byk tumbuhan yang cantik2...

ni taman dalam colmar tropicale, hotel tmpat aku menginap...

ni aku tgh bergambar di sekitar hotel...hehe..

rumah jepun..aku nak maik gmbr rumah jer tp 2 org pompuan tu x nak berganjak dari situ..lame aku tggu...cess..

waktu awal pagi,mmg mendamaikan..

jadi, kesimpulannya, colmar tropical bkt tinggi ni best jugak la..furthermore, aku ni suka tgk alam semulajadi….mmg fresh and greenery……jadi, marilah bercuti di bukit tinggi:)

Tragis

salam,

sedang aku mengajar tusyen dgn penuh semangat, tiba-tiba rumah blackout. ingat satu kampung aku blackout.tgk rumah sebelah, elok je ade elektrik…lalu aku megambil torch light dan nyalakan lilin…kesian budak2 tusyen tu, terpaksa experiencing pengalaman org2 dulu…belajar dengan lilin jer….sementara dorang buat latihan, aku pun buat la check up circuit breaker…aku pulas butang ON tp menendang balik ke OFF….haish!!! ni x bleh jadi ni..

aku pun p check setiap suis kt umah aku..sume aku tutup (off) kan…..then, cube pulas circuit breaker ke butang ON…yes!berjaya……..ade balik nikmat electricity ni..budak2 tusyen tu pun siap horrrayyy lagi..hehehe…

tiba2, aku terpandang makhluk aneh di satu soket plug kt tv…..mcm biase je makhluk tu aku tgk dalam rumah aku sblum ni…..observe punye observe, tu diaaaaaa,,cicak dengan gaay posing mautnya dalam plug tv..patutla circuit breaker aku menendang……..rupenye salah si cicak ni….huhu..sungguh tragis engkau, cicak…

ni la mayat cicak yg sempat posing maut dalam soket tv aku...

hang gatai nak masuk lubang tu sapa suruh, gmbar hang dh spread kt internet..hehe

tapi, ada gak pengajaran dlm kes cicak maut ni, jgnla handle suis atau plug sesuke hati..beringat dulu sblm kena…terutama, kalau tangan sedang basah……jadi, jaga diri……:)