Powered By Blogger

Tuesday, December 28, 2010

Inception momoningkan

Salam to all,

Mendengar komentar daripada rakan-rakan tentang keberahian menonton inception, (bukan berahi ke arah filem biru), maka, aku pun teruja utk mendownload cerita berkenaan. kualiti filem yang di donwload agak memberangsangkan..risau pulak aku cerita tentang donwload ni..yela, sejak isu illegal downloading ni dibangkitkan...tak pasal-pasal aku kene tangkap...;p..tapi kalau aku download berbayar tu kira illegal ker?rm 25 per month..korang ade?hehe..

ok..berbalik tentang cerita tadi, aku telah set kan masa yang paling sesuai untuk menonton cerita berkenaan dan masa tersebut telah dirahsiakan...hehe..tempatnya ialah di kamar tidurku yang paling kondusif dan selesa di dunia ini...maka, penuhla segala jenis jajan (makanan ringan yang agak berat dari segi kalorinya) sebagai gigit-gigit @ kunyah-kunyah sewaktu menonton...Buat pengetahuan semua, kalau aku menonton movie, aku akan pastikan semua kerja2 lain siap dan aku betul2 feel leisure at the time..then, baru nonton....

So, aku pun klik pada cerita berkenaan dan menontonlah aku....sehingga ZZZzzzzzZZzzzz sekejap.....MasyaAllah, tak fahamnye cerita tu...mmg english subtitle included tp jalan ceritanya boleh membuatkan otak aku terpeleot..oh lupa, subtitlenya juga very hard coded...inilah cerita yang membuatkan aku rase gelisah sampai susah nk tidur kerana tidak puas hati tak dapat memahami jalan cerita berkenaan..

Sekadar aku faham, cerita itu tentang mimpi yang dicreatekan oleh satu agensi utk menumpaskan lawan atau penjahat (yeke)....so, org yang disyaki akan ditidurkan dan dimimpikan..dala mimpi tu plak ade mimpi lagi..waaaaaaaaaaaa...nak nangis aku dibuatnye..so aku decide nak nonton lagi filem itu smpi faham walaupun otak cramped....haha...wish me luck...


By the way, happy new year to all..may all your wishes come true

6 comments:

  1. nanti kalo da paham wat review...hehe..malas nk tgk...jadi tunggu kamu cerita..,haha~

    ReplyDelete
  2. gila lah. tak suka movie mimpi dalam mimpi dalam mimpi.. hahaha

    ReplyDelete
  3. sae: tggu dh nonton n faham baru ade review....hehe

    shasha: crite2 menguji minda ni aku suke..tp inception is exceptional...hehe...

    ReplyDelete
  4. nanti perhatikan ending dia..sama ade hero tu still mimpi ke tak.. huhu... n berikan justifikasi yang kukuh sama ada dia mimpi atau tidak bermimpi.. ~~~ ngehh..

    ReplyDelete
  5. inception ni biler men kt theatre??? terlepas ETS akak..:)

    ReplyDelete
  6. kak ina: alamak...detailnyer kak...sy akan cube.tp x tau la..hehe
    kak ipah: cite ni pertengahan tahun lepas...akak still leh naik ets lagi..byk trip dier...haha

    ReplyDelete