Thursday, December 30, 2010

Harimau Muda

Salam to all,

superb!fantastic!hebat giler!mantap!keeper cam muke korean!....hehe..itulah kata-kata yang terluah apabila Malaysia berjaya menjadi juara Piala AFF Suzuki 2010..kata-kata yang keluar daripada mulut aku pula ialah:hebat btol jurulatih tempatan! dan yang kedua: Keeper msia cam muka korean..;p..ya!aku mmg tabik spring toing toing kepada jurulatih Msia, Rajagobal, kerana dpt membentuk skuad muda yang mantap...Aku sendiri tidak berapa minat utk mengikuti perkembangan kejohanan ini berbanding dengan EPL..tambahan pula selepas kene ganyang ngan indonesia 5-1, membuatkan aku langsung membabaikan sahaja pasukan Harimau Muda ini..hehe..terukkan aku.tak support team Msia langsung...malahan, menyokong pasukan syaitan merah yang akhir2 ini telah menjadi pakar seri sekarang..asyik2 seri..geram btol!tp still leading kan...as long as dier leapfrogg Chelsea, it's okay....haha..jgn marah Chelsea fans..

But, ini baru dlm kelompok ASEAN...aku harap, mereka akan sustain dan tingkatkan lagi mutu permainan agar dpt menjadi juara Asia pulak..sape tau kan...aku pun tak tau..;p..ape2 pun bleh terjadi..tapi FAM kene la atur strategi baru dan kurangkan politik dan birokrasi dlm pentadbiran..jgn cepat puas hati dengan pencapaian ni...apa nak lagi?fans Msia very supportive lebih-lebih lagi dr kelantan...lagi satu, kekalkan jurulatih Rajagobal..jgn bagi dier sain kontrak dengan liverpool plak.dgr cite Benitez pun dlm keadaan genting skang..kalu tak perform pasni, habislah dierr..masakla....;p

Rasa bangga lak..kalau la masuk world cup kan?hehe

Kepada fans Msia pulak, sokongan yang diberikan jgnlah pulak bermusim.bila team Msia down,kondem kaw-kaw punyer!tak baik la kan..contoh yang baik, EPL...tgk Liverpool (kesian dorang taun ni,,hehe).walaupun terumbang ambing, tp supporters dorang sgt kewl..stadium still penuh..



Ramalan sotong Paul ttg final Piala Suzuki sblm dier meninggal..btol kan?hihi..

So, aku akan cuba pupukkan semangat yang kuat terhadap pasukan harimau muda..harap dorang performe lagi mantappp kaalu boleh smpi ke piala dunia...masuk final lawan brazil..hehe

Tuesday, December 28, 2010

Inception momoningkan

Salam to all,

Mendengar komentar daripada rakan-rakan tentang keberahian menonton inception, (bukan berahi ke arah filem biru), maka, aku pun teruja utk mendownload cerita berkenaan. kualiti filem yang di donwload agak memberangsangkan..risau pulak aku cerita tentang donwload ni..yela, sejak isu illegal downloading ni dibangkitkan...tak pasal-pasal aku kene tangkap...;p..tapi kalau aku download berbayar tu kira illegal ker?rm 25 per month..korang ade?hehe..

ok..berbalik tentang cerita tadi, aku telah set kan masa yang paling sesuai untuk menonton cerita berkenaan dan masa tersebut telah dirahsiakan...hehe..tempatnya ialah di kamar tidurku yang paling kondusif dan selesa di dunia ini...maka, penuhla segala jenis jajan (makanan ringan yang agak berat dari segi kalorinya) sebagai gigit-gigit @ kunyah-kunyah sewaktu menonton...Buat pengetahuan semua, kalau aku menonton movie, aku akan pastikan semua kerja2 lain siap dan aku betul2 feel leisure at the time..then, baru nonton....

So, aku pun klik pada cerita berkenaan dan menontonlah aku....sehingga ZZZzzzzzZZzzzz sekejap.....MasyaAllah, tak fahamnye cerita tu...mmg english subtitle included tp jalan ceritanya boleh membuatkan otak aku terpeleot..oh lupa, subtitlenya juga very hard coded...inilah cerita yang membuatkan aku rase gelisah sampai susah nk tidur kerana tidak puas hati tak dapat memahami jalan cerita berkenaan..

Sekadar aku faham, cerita itu tentang mimpi yang dicreatekan oleh satu agensi utk menumpaskan lawan atau penjahat (yeke)....so, org yang disyaki akan ditidurkan dan dimimpikan..dala mimpi tu plak ade mimpi lagi..waaaaaaaaaaaa...nak nangis aku dibuatnye..so aku decide nak nonton lagi filem itu smpi faham walaupun otak cramped....haha...wish me luck...


By the way, happy new year to all..may all your wishes come true

Saturday, December 25, 2010

Seksualiti

Salam to all,

Baru-baru ini, hangat diperkatakan tentang seorang lelaki Melayu beragama Islam yang mengakui bahawa dia ialah seorang Gay..bagi aku, ia tidaklah mengejutkan kerana ramai lagi lelaki di luar sana berstatus Gay tetapi pengakuan lelaki ini memang dianggap berani...walaupun apa yang diperkatakan oleh beliau benar @ mengakui dengan sejujur hatinya @ very liberal, beliau harus kembali kepada ajaran Islam yang begitu mengutuk sekeras-kerasnya perilaku di luar tabii ini..dan aku rasa, kita tidak boleh meliberalkan agama.apa yang sudah tertulis itu adalah benar dan fitted dan tidak boleh diluaskan dengan konteks "peredaran zaman"..tapi aku masih berharap yang beliau maksudkan ialah menjalani gaya hidup gay dari konteks cara pemakaian yang dilihat agak moden dan metroseksual...;p

- harus diingat agama tidak boleh diliberalkan mengikut sesuka hati-

Wednesday, December 22, 2010

Pengalaman Dengan ETS

Salam to all,

baru-baru ini, aku berpeluang merasa menaiki keretapi ETS (Electric train System) yang baru dilancarkan pada pertengahan tahun ini..so, disebabkan aku amat suka dengan kelajuan, terdetik rasa di hati utk menaiki ETS ni..16/12/10, aku ke KL utk menghadiri mini gathering bersama rakan2 course mates aku dengan menaiki ETS.

Inilah dier coach ETS


Perasaan aku:
- sungguh excited kerana dengar khabar, perjalanan dari Ipoh-KL hanya 2 jam
- sungguh excited kerana dengar khabar train ini sgt bagus, efektif, dan x mencemarkan alam sekitar
- sungguh nervous kerana tak pernah experienced it before this.

So, aku ke KL dengan menaiki train dari stesen Ipoh pada pukul 1400..untuk pengetahuan semua, train yang aku naiki ni ialah train express which means hanya berhenti di 4 buah stesen shj iaitu Batu Gajah, Kampar, Tapah Road dan Tjg. Malim..yang transit lebih drp 4 stesen ETS berhenti.
Suasana di Stesen Ipoh ketika 17 minit sebelum train bertolak (ETS ke KL,sebelah kiri)

Melangkah masuk shj, aku lihat coachnya agak cantik dan menarik..semuanya look perfect la...kira OK la...ruang tempat duduk yang selesa, ruang kaki yang roomier, siap ade pramugari lagi (tak tau nk guna istilah apa, yang tukang check tiket tu)...cantik2 blaka..hihi..overhead compartment pun besar...ade tv lcd tp one coach, one tv la....ade mini lounge but not open...mungkin x lama lagi...so, overall ade 6 coaches which labeled with A-F..Announcemet yang clear, perfect and okay..


Seat dalam ETS, boleh tahan selesa

Gambar diambil menggunakan kamera yang dh built-in dlm seat...;p

Kesimpulannya,

- ETS amat selesa, senyap (bunyi railway kot yang bising skit) dan cantik

Cuma ada beberapa points yang bagi aku kurengg sket

- Train ini tidaklah begitu laju (140 km/j)..waktu aku naik, kelajuan maksimum hanya 143 km/j and ade display kt tv lcd
- Waktu arrival sebenar tidak telly dengan waktu arrival yang dicatat di tiket..aku sampai kl (bandar tasik selatan) 10 minit lewat...so, my trip took almost 2 hrs and 30 minutes...for your info, aku balik Ipoh naik bas transnasional dari bukit Jalil-Ipoh transit Jalan duta, Bertolak pukul 0830 dan sampai pukul 1115..(2 jam 45 minit).....in comparison, not too differential.
- kelajuannya tak sustain, sekejap perlahan, sekejap laju...kadang2 tv off kejap pastu on balik..
- sepanjang dr Ipoh-Kl, tv hanya memaparkan cerita kartun yang berulang kali (mungkin kebetulan aku naik, tak ada cerita lain nak pasang)
-Harga tiket dari Ipoh- BAndar Tasik Selatan ialah RM31 (promotional price) dan mungkin akan naik lagi menjelang Februari 2011..

Kalau difikirkan balik, naik bas lagi berbaloi kot. Sbb, Ipoh - Kl dengan bas mengambil masa 2 jam 45 minit dan train 2 jam 25 minit..so, byk beza....tambang bas pula, dari ipoh-kl rm 17.40 manakala train RM30......hehe...nak kasik lagi berbaloi dengan menaiki train, increase lagi speed smpi 200km/j....baru la ngancam....itu jer.....;p

Kalau difikirkan balik, banyak pulak bas eksiden lately ni....huhu..so, yang paling baik, naik kete sendiri...puas hati....

Sekian...





Monday, December 13, 2010

Countdown kematian melalui FB

Salam,

sedang aku asyik melihat tajuk2 hot di malay mail online, aku terkejut membaca satu artikel ini: 45-minute suicide countdown on Facebook (FB). Terkejut!..skang, FB bukan sahaja sebagai community website, bahkan utk countdown for committing suicide...


Credit to: Malay mail



Takut dan seram jugak apabila membaca ayat2 terakhir daripada org yang akan meninggal ni tambahan pula apabila kita sedang berbual atau membalas komen2 nya di FB..Apa-apapun yang kita alami, seteruk mana pun kita hadapi, ingatlah Tuhan dan keluarga tersayang..nyawa lebih penting daripada ex-teman wanita.....



Saturday, December 11, 2010

HKLBR

salam to all,

Tu diaa...tak pernah aku terhibur sangat2 apabila menonton wayang....cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR) ni mmg mengaktifkan urat2 gelak dan geli kt badan aku..LOL..memang 5-star la crita ini utk kategori komedi..

So, kepada sape2 yang belum menonton filem ini, baik kome pegi skang...dijamin lawak gler2 punye...hehe....

ni dier nye OST....

http://www.youtube.com/watch?v=0MhEvm7_hvA

Friday, December 10, 2010

10/12/10

Salam to all,

Hari ini merupakan hari lahir emak yang ke 57..selamat hari lahir buat emak yang tercinta....semoga diberkati selalu oleh tuhan, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan berbahagia bersama keluarga hingga ke akhir hayat.

Inilah keluarga kecilku. Wanita yang aku pegang itu ialah my emak....:)


Tuesday, December 7, 2010

Random

salam to all

Story 1

right now, i have no idea to writing..i don't know why...may be my brain is too condensed resulted from the so long holiday..i want to reaffirm here that i hate long holiday too damn much.

When you are in the state of boring, your daily routines might not help you out the misery. of course, what we do daily is just what we through every day..nothing interesting...so I've tried to plan to go somewhere during the holiday..last week, i went to Kedah and Penang but not for the planned trip. it was just attending the reception..yes, wedding reception..it can't be described as holiday..

But again, all my plans are such a crap. when i try to figure out the costs, the place, transportation, the stay etc, wow! they are so "out of budget". so i crossed the plan and hop on the new one.unfortunately, still the same occurred.

i still keep thinking yearning for the best holiday in this month...hope, i will get the best place to indulge in...

Story 2

My nephew has undergone circumcise on last Sunday. it reminded me to my experience on circumcise. there are very wide gap between past and now. my nephew at this time, just after 2 days can walk properly with his pelikat. he also can have anything that he wants to eat. no dont's for him as the doctor also meant it. i was first shocked when the doctor with his slumber explained to me about that.

My nephew was also very happy like nothing big happened to him..to try it out, i scared him by saying that the doctor would cut the "thing" off and how painful it was. yes, it failed. good for him.

In this modern time, the tools also become more advanced. no pain at all..i valued it from looking at my nephew's face..he was just slumbering while reciting some Doa.

Story 3

Now in my house, there are three kids (2 nephews and a niece) and what do you expect from that? yes, it is really noisy and filled with laughter. they really made me realised that it is not easy to look after on them. in addition, two of them are my late brother's children and they lack of love especially from their father. so to take care of the orphans are more challenging compared to the children who have parent. they are so fragile, nonchalant and really hard to comprehend. yet they are scared of me because i am firm...hihi..

So those story above are randomly produced...



Friday, December 3, 2010

Zaman Kanak-Kanak

Salam to all,

kadar kereaktifan aku untuk menulis blog amat tinggi....tambah2 bila dengar harga minyak RON 95, gula, diesel dan LPG turut sama join RON95..terdahulu, RON97 dengan bangganya telah menjadi bahan bakar yang naik starting on 1st December...sebenarnya, aku lebih suka no comment pertaining to this matter sebab kerajaan pun telah beri warning awal2 dahulu nk hapuskan subsidi gradually..tp the interval is too short la....rakyat mungkin sedikit shocked dengan perubahan ini..yang penting, aku masih curious ttg RON 97 sbb harganya diapungkan..boleh jadi turun, boleh jadi naik...so, aku mau tggu harga dier turun lak....bleh jadikan?hehe...takkan naik je kot..something must go wrong somewhere ni...;p

Berbalik pada topik di atas, aku saja mau menulis ttg kanak-kanak..maklumla, sekarang dh dewasa..tringin pulak nk kembali ke zaman lampau..(x la melampau sgt).biase la tukan....waktu kecil, tak sabar nak tunggu besar, bila besar, nak pulak balik ke zaman dulu2.
berikut ialah saat2 yg agak menarik ketika bergelar kanak2.

1. seorang kanak-kanak yang comel dan baik...sgt naif. suka tersenyum.
2.sampai umur 6 thn, ayah aku suapkan makan..duduk dpn tv sambil tgk teenage mutant ninja turtles sekali ngan kakak aku..adorable kan?hehe
3.semasa di tadika, aku pernah dapat no 1 dlm pertandingan melukis...it was so unbelievable coz aku mmg paling menyampah thp gaban dengan melukis...ala, lukis gambar bunga then colour..waktu tu, tgn aku masih x parkinson kot..haha
4. aku jugak secara tak sengaja termasuk lak acara tarian zapin yang paling kelakar bg aku..kene silang2 kaki gituw!!..haha....tp masa tu mana tau malu kan..bila tgk video tu blk, aku rasa nak menyorok bwh katil 4 jam....;p
5. entah kenapa waktu sekolah rendah, aku sering jadi ketua kelas..utk thn 1, 2 dan 6..thn 4 dan 5 pulak jadi pengawas...thn 6 aku resign jadi pengawas sbb nk bolot jadi ketua kelas plak...hehe..nungkin aku berwibowo kot..;p
6. lupa pulak..aku pernah jadi pengawas pusat sumber waktu thn 4..shelf yg. aku akan mula-mula kemas kalau bertugas ialah tempat ensiklopedia...aku sgt suka ttg astronomi ketika itu...so, sempat la curi2 baca buku..tp most of the time, aku baca buku....ulat buku tak aku?hehe
7. Aku sewaktu kecil agak berisi..bila loceng balik bunyi, (aku tekan sbb aku duk sblh ngan tempat tekan loceng), trus la beratur, kawal kelas dan aku akan lead smpi pagar sekolah..trus masuk acara lumba jalan kaki balik umah..smpi umah, campak beg, tukar baju, trus makan..haha.
8. Petang2 plak, biase la main kat padang..aku dulu selalu la mengamuk tak puas ati kalau kalah..main galah panjang, kejar2, besbol, dll...mesti aku buat kecoh...haha...
9. aku dulu menetap di PD...so pengalaman yang aku x akan lupakan smpi bila2 ialah bila ayah aku slalu bawak jln2 g pantai Pd..kadang2 tgk sunset, makan malam takpun g pasar malam...rasa sgt syok ketika itu.....mintak ape je, mesti dpt...kalau x dpt barang, mungkin dpt pelempang...LOL......
10. aku dulu kalau malas jalan kaki balik sekolah, aku naik bas tp x berbayar...rumah punye la dekat ngan skolah...pemalas nye ko mior! caranye ialah, tahan bas. kemudian, naik..selepas itu, bila konduktor dtg mintak duit tambang, cakap ajer PAS (sesiapa beli pas)..so, konduktor pun blah gitu jer...ye la, bas dh mcm tong sardin..mujur aku je x kemek....haha..bijak..bijak....

Sebenarnya banyak algi kenangan manis aku sewaktu kanak2...aku sgt appreciate ayah n ibuku sbb pernah menetap di PD, tempat yang amat cantik dan sgt2 meninggalkan kesan dan kenangan terindah di sana......so sejak thn 2007 smpi sekarang, mmg every year kitorang p vacation kt PD...hehe...

Wednesday, December 1, 2010

Saman

Salam,

sbenarnya, jarang aku menonton berita utama di tv sejak menjak ni sbb aku prefer baca berita kt internet....lagipun iklan kt tv3 kadang2 panjang sangat....tv1 lak mcm suram jer aku tgk....tak tertarik utk menonton...aku prefer astro awani dan bernama lagi..ringkas, padat, tepat dan mutakhir..haha...semalam (30/11/2010: 8.00 mlm).. aku terdengar penyampai berita cakap:kalo nak bayar saman, bayar dalam jangkamasa dua minggu bermula dari hari ini sbb dpt diskaun 50%....tp ayatnya lagi formal la....mampusla kalau pemberita baca mcm ayat aku ni...aku trus senyum...hehe..bukan ape...diskaun 50% tu bkn senang nk dpt tmbh aku nyer saman rm 300 punye..x main la amaun yang kecil2....haha...so pagi ini (1/12/2010: 8.00 pg) aku dengan rasminya telah membayar samanku yang berjumlah rm 300 itu dengan amaun rm 152...lebih 2 ringgit sbb aku pay online..zaman dh cnggih kan..x yah nk g balai polis yg buruk tu...hehe

so pendapat aku ttg saman ni..mmg la geram sbb kene saman...sblm ni aku dh kene 5 saman..2 drpnya waktu pandu kete ayah aku dan 3 kereta aku sendri..ini menunjukkan aku still pemandu berhemah and at the same time, i am fast and furious...haha..tp bila fikir balik, ini lah cara nk mendidik masyarakat di Msia utk memandu dengan lebih berkhemah..eh, silap,berhemah...
so, kebaikan tindakan govt.utk menguatkuasakan saman ini aku list kan kt bwh

1. dpt mengurangkan aktiviti pemanduan haram di jalan2 biasa dan highway...
2. dpt mendidik masyarakat agar bersabar ketika memandu
3. dpt mendidik masyarakat utk menyayangi duit sendiri (membazir giler rm 300, leh bli levi's jean tu)
4. dpt mengurangkan kadar kemalangan
5. dpt mendidik masyarakat agar mematuhi undang2
6. dpt mendidik masyarakat agar memandu secara berkhemah,,errr berhemah
7.utk kerajaan, dpt menambahkan pendapatan negara...haha.
8. dpt mendidik masyarakat agsr rasional dan berfikir sebelum bertindak..ye la, kawasan 60km/j, bwk la 60 jer..x yah nk pecut..kan dh kena saman mcm aku..sume kene kt kwsn 60km/j...ceh..buang karan
9.membuatkan masyarakat berfikir kjaan amat serius utk bertindak sbb slama ni, undang2 jalanraya slalu di "breach"
10. pengajaran kepada masyarakat bhw hidup perlu undang2...jgn main hentam aje

tapi sebelum itu, kjaan harus memastikan bhw segala persiapan perlu dilakukan sblm menguatkuasakan undang2 itu dengan jayanya.

1.update la signboard kt jln raya tu..kdg2 aku tgk, sekejap 60 km/j..x smpi 200 m, halaju tamat....kat dpn x smpi 500 m lak:peringatan 60 km/j....mane la tau brape had laju kt situ...buatnye polis standby kt situ,, naya.(dh kene kt aku, kompius)
2. jalan raya perlu diupgrade dan pastikan ciri-ciri keselamatan ade dengan baik...
3. saman jugak pemandu yang pandu kereta belah kanan, tp slow nk mampus....(aku rase sbb ni la rakyat msiaa rata2 memandu laju sbb geram sgt ngan mangkuk yg slow ni)..kdg2 lori dan bas pun pandu sblh kanan...kenapa nak duduk belah kanan?ikut sunnah ka?pious btol ye....
4. buat pemerhatian lebih kepada lori2 yang lebih muatan sbb kadang2 aku ambil masa lebih 20 minit mengekori bontot lori ni.....so pemandu akan cepat fed up dan ini semua boleh mengundang kemarahan yang melampau..so, ble dh tersedak,,eh, terdesak, potong kt double line pun bleh...
5 Msia negara kecil tp sistem lampu trafiknya mengalahkan di metropolitan city......cube kaji blk sistem lampu trafik tu.mana2 simpang leh di adjointkan, adjointkan aje..ni setiap taman perumahan nk ade traffic light smpi kdg2 1 minit nk tggu...ini juga belh mengundang panazzz beb...cth: aku gerak dr ipoh city nk ke pasir putih (9km, approx) lebih kurg 20-30 minit nk smpi tu..all because of the poles.....

so, aku sgt2 la bersetuju dgn penguatkuasaan ini dilakukan tp penambahbaikan juga perlu dong spt mane aku tulis kt atas td....ini bleh mendidik rakyat msia supaya merfikir seperti masyarakat kelas pertama..bersistematik dan efisien...aku kdg2 nk kluar simpang pun psg signal...nmpk jer brutal bile bwk kete, tp signal2 ni aku x lupe beb...tali pinggang pun pakai even for short destination..ble ade kete nk potong, cpt2 aku masuk kiri.tp aku jrg bwk kete belah kiri sbb aku laju..haha..cume aku admit aku seorang yang panas baran dan agak laju ketika di jalanraya....tp undang2 lain sume aku ikut....nasib la kene saman sblm ni..haha