Powered By Blogger

Friday, January 21, 2011

road block



Salam to all,



lama sgt aku abaikan blog ni..password pun hampir lupa..maklumlah, dunia canggih kan..sume benda guna hujung-hujung kuku jer...apa2 application sume based on internet..so bykla password utk sesetengah application mcm emel, tgv, mudah.my dll.....utk blog, aku hampir2 menjerit ketensenan kerana lost....haha...akhirnya, tarik nafas, rilek dgr lagu The Used yang screaming tu, baru bleh ingat blk..ngeeee.......so, aku kene buat list utk password n utk more secured, letak kt tempat rahsia...harap aku x lupa plak mana aku simpan list utk password tu nnt...sigh

macam-macam benda berlaku sepanjang hampir 3 minggu persekolahan..ada yang kelakar, bengang, best dan mixed feeling..tapi biasalah kan..nama pun kehidupan.takkan nak happy memanjang..nanti lost pulak....utk pengetahuan, aku ini amat cerewet (ker?) apabila memandu..aku pantang kalau org lain buat silap sket.....kalau aku takpe lah..LOL..tapi yang ini aku nak highlight kan tentang pemeriksaan polis di jalanraya atau dalam bahasa omputihnya road block...semua pemandu mesti takut kan kalau ada road block...sebab ape?sebab korang mesti dah buat salah..kalau tak salah buat apa nak takut kan?????,,hehe.....

rakyat malaysia skang memang kritikal..maksud aku suka mengkritik. tp bukan semua la...kalau pasal road block, mesti orang akan sumpah seranah kata road block tak guna la, buat sesak jalan la dan pelbagai lagi la kutukan bagaikan dorang je yang betul..try jadi polis skali...n buat road block..baru ko tau apa yang polis2 tu rasa slama ni....aku dulu pun bengang gak tp skang aku lebih rasional..sebab?dengan adanya road block, sebenarnya boleh mengurangkan kes2 melanggar peraturan seperti tidak memakai tali pinggang keledar, tak ada lesen, road tax dan pelbagai lagi..aku rasa sume rakyat malaysia mahu polis membanteras benda2 tu semua kan tapi mereka tidak membantu..sebagai contoh, jika terdapat road block, ada pemandu yang begitu baik hati (ironi sgt) memberi lampu tinggi kepada pemandu lain sebagai sign ada road block..kalau begitu, macam mana polis nak buat kerja..???

akhirnya, polis juga kene hentam balik sbb tak tegas la, malas la...tapi dengan ada org2 yang cetek pemikiran dan maybe berasal dari negara2 kelas ke lapan belas (Ada ke??x kisah lah) mcm ni lah yang menyukarkan kerja polis..kenapa harus baik sgt?kenapa nak tolong org yang tak patuh pada undang2?kenapa berpakat?tapi nak tgk undang2 di msia dipatuhi..itu yang kadang2 aku x phm dengan mentaliti masyarakat di negara kita ni..aku dulu pun slalu bagi lampu pada org lain dan aku tak takut akan road block sbb aku complete....semua ada..siap pakai tali pinggang keledar dan tali pinggang levi's lagi....;p....tapi bila aku fikir balik, alangkah bodoh dan tak bergunanya aku kalau memberi lampu tinggi itu...org lain yang tak patuh undang2 pun selamatkan...elok bebeno la tu....

kepada yang membaca blog yang on off ni, aku rasa korang sume mesti law abiding kan???so, walaupun nampak mcm isu yang aku ckp ni remeh, tapi ini adalah antara faktor penyumbang juga kepada kegagalan penguatkuasaan undang2 jalanraya di negara kita...aku nmpk sekarang, rakyat malaysia semakin ramai yang hanya pandai menghentam dan mengkritik tapi tidak pula membantu utk ke arah yang lebih baik...aku pun bukannya perfect pun...cuma aku rasa perkara ini perlu di highlightkan supaya menjadi pengajaran kepada umum.....kalau berlarutan, sampai bila2 pun undang2 jalanraya di Msia tak akan diambil berat oleh rakyat dan ia menunjukkan mentaliti dan sikap rakyat yang sebenar-benarnya...kannnnnnn?hehe



Sunday, January 9, 2011

AJL 25

Salam to all,

Lama dah aku tak update blog ni..bersawang sgt ni..kene guna vakum baru blh hilang...Malam ni kebetulan semua kerja2 ku dah siap...tinggal nak nonton AJL jer...Sebenarnya aku tak pernah menonton muzik-muzik ni tapi AJL lain sikit..sebab performance dari finalist kebanyakannya tip top dan manthop....hehe..especially bila ada Azlan..mantap siot suara beliau....tapi bila beliau bercakap, suara halus n kecik jer...hehe...dan lagu yang paling terkesan pada aku ialah Laguku Untukmu..memang aku dgr lagu ni hari-hari...(dulu la).....

Lagi satu pilihan aku ialah Faizal Tahir, Hanyut..ntah kenapa bila dgr lagu dari beliau ni, aku rasa syahdu sikit...muzik dier pun sedap jer..suara apatah lagi.manthop...dulu, aku tiap-tiap hari (lagi sekali) dgr lagu beliau terutama Sampai Syurga....

Akhir sekali favourite aku ialah Black...walaupun hitam, hehe tapi suara beliau mantapppp....(ayat sama jer)...mmg best dan tinggi..(x tau berapa meter)....kira setaraf dgn Azlan tapi Azlan lagi mantap kot...;p......so, ketiga2 org ni ialah lelaki yang memiliki kualiti suara yang bagus dan lagu pun okay....so tak kisah la kalau salah sorang menang....hehe..tp aku rasa Yuna is a very strong challenger....walaupun lagunya slow, tp ia melodious..aku suka gak ngan lagu tu......tp suara tak tinggi..x berapa syok..aku suka lagu2 yang bernada tinggi..baru mencabar bile karoke nnt..mencabar sampai jadi tak sedap bila nyanyi...haha...




Sunday, January 2, 2011

Tahun Baru

Salam to all,

Akhirnya, inilah entri pertama aku di tahun baru ini....perlu ke mention camtu?signifikan sgt ker anjakan dari tahun 2010 ke 2011?..hanya pada nombor saja kannn?hihi..tapi, signifikannya ialah kita semua bermula dengan yang baru pada setiap 1 haribulan Januari...(mengikut kalendar Gregory)..Sebagai contoh, aku sendiri...setelah memilih profesion perguruan ini, aku juga tidak terkecuali untuk membeli kasut baru, baju baru dan sebagainya lagi mengalahkan murid2 pulak.;p..tapi itu hanyalah benda2 yang trivial kita buat sempena tahun baru..yang lebih penting sekali ialah azam kerana dengan azamlah kita terdorong untuk mencapai apa yang kita inginkan..

Dengan bermulanya tahun baru ini, segala apa yang aku rancangkan, harap-harap berjaya terutama dalam kerjaya aku sendiri.....azam yang lain tu biarlah menjadi rahsia aku sendiri...dan sebenarnya, aku sgt risau dengan politik negara kita sekarang...(tiba-tiba)....boleh ker out of topic ni....;p

Kita ialah apa yang kita fikir..so, aku harap u guys berjaya mencapai apa yang korang inginkan plus berusaha dan bertawakal....jangan berazam je lebih, tapi habuk pun tarak...azam nak jadi hensem, tapi tak nak berusaha untuk menjadi hensem...haha.....