Powered By Blogger

Monday, May 17, 2010

Guru

Salam,

Aku menulis entri ini pada 17 Mei 2010, sehari selepas Hari Guru....Selamat hari guru aku ucapkan kepada semua guru yang ada di Malaysia ini terutama guru-guru yang telah mengajarku..Jasa kalian tetap ku kenang sampai bila-bila...

Ini merupakan pandangan peribadiku tentang pekerjaan guru ini..

- Pekerjaan sebagai guru tidaklah semudah yang disangka kerana tidaklah mudah untuk mencapai objektif pembelajaran yang telah ditetapkan dalam "Rancangan Pelajaran Tahunan" atau "Yearly Plan".Sebagai contoh, subjek Sains..katakanlah guru itu mengajar "water cycle".. (State of Matter)..Seseorang guru itu harus downgrade kan pemikirannya utk memastikan bahawa anak muridnya faham akan konsep yang diajarnya..jika silap "ajaran', maka silaplah ilmu yang diberi..(tanggungjawab itu besar, bukan?)

-Guru berdepan dengan sejumlah bilangan murid yang banyak (bergantung kepada sesebuah sekolah, kadangkala mencecah 1000 atau lebih).setiap hari berdepan dengan sejumlah murid ini dengan 1001 macam karenah..Perasaan guru-guru ini mudah terganggu atau annoyed jikalau murid-muridnya melakukan perkara2 yang di luar jangkaan..Guru banyak bermain dengan perasaan dan emosi...

-Guru juga berperanan sebagai polis di sekolah..menyelesaikan kes2 disiplin, sebagai kaunselor, menasihati dan membimbing murid2.

-Guru mempunyai pelanggan (murid) yang mencapai sehingga 40 orang dalam satu kelas (bergantung kepada sekolah juga)...tanggungjawab guru bukan sahaja mengajar, bahkan mengawal kelas, memastikan kerja rumah yang diberikan siap, mengajar nilai-nilai murni, menjawab soalan yang diajukan oleh murid, memastikan kelas bersih dan lain-lain lagi...katakan seorang guru itu mengajar maksima 7 waktu sehari..bayangkan lah berapa kali dia memasuki kelas dalam sehari dan melakukan benda yang sama pada kelas2 yang berlainan.

-Selain itu, guru-guru sekarang dilihat banyak dibebankan dengan tugas2 yang diluar daripada matlamat asal iaitu mengajar..(ini hanya pendapat)...dengan kertas kerja yang banyak, laporan-laporan yang pada aku tidaklah begitu memerlukan, kursus yang perlu dilakukan dan dirancang oleh pihak sekolah sendiri..(42 jam setahun dan kebanyakannya dilakukan pada hari sabtu kerana kekurangan waktu), program-program tertentu yang kadangkala memakan masa yang lebih (pnp terganggu)...jadi guru semacam tidak menang tangan yang mana hendak dilakukan dahulu selain mengutamakan pembelajaran..itu tidak termasuk tugas2 pengkeranian yang lain seperti mengutip yuran, merekod pembayaran yuran, menulis resit dll.

- Antara cabaran yang terbesar bagi guru sekarang ini ialah disiplin murid..murid-murid sekarang diakui lebih bijak pandai berbanding murid2 dahulu..tetapi dari segi perangai juga, mereka lebih advance dan kurang adab berbanding murid2 dahulu..jikalau ditegur, dilawannya kembali..jikalau didenda atau dirotan, dipanggilnya ibu-bapa pula dan berlakulah pertengkaran antara ibu-bapa dan guru serta pihak sekolah sehingga saman menyaman boleh timbul dan kes polis juga boleh berlaku..jadi, guru tiada pilihan lain seolah2 dikekang..oleh itu, ramai guru tidak dapat melakukan tanggungjawabnya iaitu mendidik dan hanyalah mengajar, mengajar dan mengajar...

- Masa untuk guru bekerja pula memang kurang berbanding dengan penjawat awam yang lain tetapi sesetengah guru terpaksa membawa pulang kerja2 yang tertangguh ke rumah...seperti menanda buku (kalau lewat tanda, dapatlah "complaint daripada pihak ibu bapa), melengkapkan data2 atau fail2 dan merancang pembelajaran untuk hari seterusnya..(menyediakan worksheet dll)...

Ini hanyalah sebahagian daripada pendapat peribadi aku tentang guru..bukan untuk merungut, tetapi sekadar renungan bersama bahawa bukan mudah bergelar guru seperti yang disangka..persepsi orang zaman sekarang suka mengatakan bahawa pekerjaan guru itu mudah dan senang..tetapi ia sebaliknya..setiap kerjaya itu pasti ada kesukarannya..tiada kerja yang
mudah dan senang di dunia ini....

Akhir sekali, selamat hari guru..."GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"

2 comments:

  1. Selamat Hari Guru adik Mior!!!
    semoga sentiasa menabur bakti kepada anak bangsa!!

    ReplyDelete