Powered By Blogger

Thursday, December 30, 2010

Harimau Muda

Salam to all,

superb!fantastic!hebat giler!mantap!keeper cam muke korean!....hehe..itulah kata-kata yang terluah apabila Malaysia berjaya menjadi juara Piala AFF Suzuki 2010..kata-kata yang keluar daripada mulut aku pula ialah:hebat btol jurulatih tempatan! dan yang kedua: Keeper msia cam muka korean..;p..ya!aku mmg tabik spring toing toing kepada jurulatih Msia, Rajagobal, kerana dpt membentuk skuad muda yang mantap...Aku sendiri tidak berapa minat utk mengikuti perkembangan kejohanan ini berbanding dengan EPL..tambahan pula selepas kene ganyang ngan indonesia 5-1, membuatkan aku langsung membabaikan sahaja pasukan Harimau Muda ini..hehe..terukkan aku.tak support team Msia langsung...malahan, menyokong pasukan syaitan merah yang akhir2 ini telah menjadi pakar seri sekarang..asyik2 seri..geram btol!tp still leading kan...as long as dier leapfrogg Chelsea, it's okay....haha..jgn marah Chelsea fans..

But, ini baru dlm kelompok ASEAN...aku harap, mereka akan sustain dan tingkatkan lagi mutu permainan agar dpt menjadi juara Asia pulak..sape tau kan...aku pun tak tau..;p..ape2 pun bleh terjadi..tapi FAM kene la atur strategi baru dan kurangkan politik dan birokrasi dlm pentadbiran..jgn cepat puas hati dengan pencapaian ni...apa nak lagi?fans Msia very supportive lebih-lebih lagi dr kelantan...lagi satu, kekalkan jurulatih Rajagobal..jgn bagi dier sain kontrak dengan liverpool plak.dgr cite Benitez pun dlm keadaan genting skang..kalu tak perform pasni, habislah dierr..masakla....;p

Rasa bangga lak..kalau la masuk world cup kan?hehe

Kepada fans Msia pulak, sokongan yang diberikan jgnlah pulak bermusim.bila team Msia down,kondem kaw-kaw punyer!tak baik la kan..contoh yang baik, EPL...tgk Liverpool (kesian dorang taun ni,,hehe).walaupun terumbang ambing, tp supporters dorang sgt kewl..stadium still penuh..



Ramalan sotong Paul ttg final Piala Suzuki sblm dier meninggal..btol kan?hihi..

So, aku akan cuba pupukkan semangat yang kuat terhadap pasukan harimau muda..harap dorang performe lagi mantappp kaalu boleh smpi ke piala dunia...masuk final lawan brazil..hehe

Tuesday, December 28, 2010

Inception momoningkan

Salam to all,

Mendengar komentar daripada rakan-rakan tentang keberahian menonton inception, (bukan berahi ke arah filem biru), maka, aku pun teruja utk mendownload cerita berkenaan. kualiti filem yang di donwload agak memberangsangkan..risau pulak aku cerita tentang donwload ni..yela, sejak isu illegal downloading ni dibangkitkan...tak pasal-pasal aku kene tangkap...;p..tapi kalau aku download berbayar tu kira illegal ker?rm 25 per month..korang ade?hehe..

ok..berbalik tentang cerita tadi, aku telah set kan masa yang paling sesuai untuk menonton cerita berkenaan dan masa tersebut telah dirahsiakan...hehe..tempatnya ialah di kamar tidurku yang paling kondusif dan selesa di dunia ini...maka, penuhla segala jenis jajan (makanan ringan yang agak berat dari segi kalorinya) sebagai gigit-gigit @ kunyah-kunyah sewaktu menonton...Buat pengetahuan semua, kalau aku menonton movie, aku akan pastikan semua kerja2 lain siap dan aku betul2 feel leisure at the time..then, baru nonton....

So, aku pun klik pada cerita berkenaan dan menontonlah aku....sehingga ZZZzzzzzZZzzzz sekejap.....MasyaAllah, tak fahamnye cerita tu...mmg english subtitle included tp jalan ceritanya boleh membuatkan otak aku terpeleot..oh lupa, subtitlenya juga very hard coded...inilah cerita yang membuatkan aku rase gelisah sampai susah nk tidur kerana tidak puas hati tak dapat memahami jalan cerita berkenaan..

Sekadar aku faham, cerita itu tentang mimpi yang dicreatekan oleh satu agensi utk menumpaskan lawan atau penjahat (yeke)....so, org yang disyaki akan ditidurkan dan dimimpikan..dala mimpi tu plak ade mimpi lagi..waaaaaaaaaaaa...nak nangis aku dibuatnye..so aku decide nak nonton lagi filem itu smpi faham walaupun otak cramped....haha...wish me luck...


By the way, happy new year to all..may all your wishes come true

Saturday, December 25, 2010

Seksualiti

Salam to all,

Baru-baru ini, hangat diperkatakan tentang seorang lelaki Melayu beragama Islam yang mengakui bahawa dia ialah seorang Gay..bagi aku, ia tidaklah mengejutkan kerana ramai lagi lelaki di luar sana berstatus Gay tetapi pengakuan lelaki ini memang dianggap berani...walaupun apa yang diperkatakan oleh beliau benar @ mengakui dengan sejujur hatinya @ very liberal, beliau harus kembali kepada ajaran Islam yang begitu mengutuk sekeras-kerasnya perilaku di luar tabii ini..dan aku rasa, kita tidak boleh meliberalkan agama.apa yang sudah tertulis itu adalah benar dan fitted dan tidak boleh diluaskan dengan konteks "peredaran zaman"..tapi aku masih berharap yang beliau maksudkan ialah menjalani gaya hidup gay dari konteks cara pemakaian yang dilihat agak moden dan metroseksual...;p

- harus diingat agama tidak boleh diliberalkan mengikut sesuka hati-

Wednesday, December 22, 2010

Pengalaman Dengan ETS

Salam to all,

baru-baru ini, aku berpeluang merasa menaiki keretapi ETS (Electric train System) yang baru dilancarkan pada pertengahan tahun ini..so, disebabkan aku amat suka dengan kelajuan, terdetik rasa di hati utk menaiki ETS ni..16/12/10, aku ke KL utk menghadiri mini gathering bersama rakan2 course mates aku dengan menaiki ETS.

Inilah dier coach ETS


Perasaan aku:
- sungguh excited kerana dengar khabar, perjalanan dari Ipoh-KL hanya 2 jam
- sungguh excited kerana dengar khabar train ini sgt bagus, efektif, dan x mencemarkan alam sekitar
- sungguh nervous kerana tak pernah experienced it before this.

So, aku ke KL dengan menaiki train dari stesen Ipoh pada pukul 1400..untuk pengetahuan semua, train yang aku naiki ni ialah train express which means hanya berhenti di 4 buah stesen shj iaitu Batu Gajah, Kampar, Tapah Road dan Tjg. Malim..yang transit lebih drp 4 stesen ETS berhenti.
Suasana di Stesen Ipoh ketika 17 minit sebelum train bertolak (ETS ke KL,sebelah kiri)

Melangkah masuk shj, aku lihat coachnya agak cantik dan menarik..semuanya look perfect la...kira OK la...ruang tempat duduk yang selesa, ruang kaki yang roomier, siap ade pramugari lagi (tak tau nk guna istilah apa, yang tukang check tiket tu)...cantik2 blaka..hihi..overhead compartment pun besar...ade tv lcd tp one coach, one tv la....ade mini lounge but not open...mungkin x lama lagi...so, overall ade 6 coaches which labeled with A-F..Announcemet yang clear, perfect and okay..


Seat dalam ETS, boleh tahan selesa

Gambar diambil menggunakan kamera yang dh built-in dlm seat...;p

Kesimpulannya,

- ETS amat selesa, senyap (bunyi railway kot yang bising skit) dan cantik

Cuma ada beberapa points yang bagi aku kurengg sket

- Train ini tidaklah begitu laju (140 km/j)..waktu aku naik, kelajuan maksimum hanya 143 km/j and ade display kt tv lcd
- Waktu arrival sebenar tidak telly dengan waktu arrival yang dicatat di tiket..aku sampai kl (bandar tasik selatan) 10 minit lewat...so, my trip took almost 2 hrs and 30 minutes...for your info, aku balik Ipoh naik bas transnasional dari bukit Jalil-Ipoh transit Jalan duta, Bertolak pukul 0830 dan sampai pukul 1115..(2 jam 45 minit).....in comparison, not too differential.
- kelajuannya tak sustain, sekejap perlahan, sekejap laju...kadang2 tv off kejap pastu on balik..
- sepanjang dr Ipoh-Kl, tv hanya memaparkan cerita kartun yang berulang kali (mungkin kebetulan aku naik, tak ada cerita lain nak pasang)
-Harga tiket dari Ipoh- BAndar Tasik Selatan ialah RM31 (promotional price) dan mungkin akan naik lagi menjelang Februari 2011..

Kalau difikirkan balik, naik bas lagi berbaloi kot. Sbb, Ipoh - Kl dengan bas mengambil masa 2 jam 45 minit dan train 2 jam 25 minit..so, byk beza....tambang bas pula, dari ipoh-kl rm 17.40 manakala train RM30......hehe...nak kasik lagi berbaloi dengan menaiki train, increase lagi speed smpi 200km/j....baru la ngancam....itu jer.....;p

Kalau difikirkan balik, banyak pulak bas eksiden lately ni....huhu..so, yang paling baik, naik kete sendiri...puas hati....

Sekian...





Monday, December 13, 2010

Countdown kematian melalui FB

Salam,

sedang aku asyik melihat tajuk2 hot di malay mail online, aku terkejut membaca satu artikel ini: 45-minute suicide countdown on Facebook (FB). Terkejut!..skang, FB bukan sahaja sebagai community website, bahkan utk countdown for committing suicide...


Credit to: Malay mail



Takut dan seram jugak apabila membaca ayat2 terakhir daripada org yang akan meninggal ni tambahan pula apabila kita sedang berbual atau membalas komen2 nya di FB..Apa-apapun yang kita alami, seteruk mana pun kita hadapi, ingatlah Tuhan dan keluarga tersayang..nyawa lebih penting daripada ex-teman wanita.....



Saturday, December 11, 2010

HKLBR

salam to all,

Tu diaa...tak pernah aku terhibur sangat2 apabila menonton wayang....cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR) ni mmg mengaktifkan urat2 gelak dan geli kt badan aku..LOL..memang 5-star la crita ini utk kategori komedi..

So, kepada sape2 yang belum menonton filem ini, baik kome pegi skang...dijamin lawak gler2 punye...hehe....

ni dier nye OST....

http://www.youtube.com/watch?v=0MhEvm7_hvA

Friday, December 10, 2010

10/12/10

Salam to all,

Hari ini merupakan hari lahir emak yang ke 57..selamat hari lahir buat emak yang tercinta....semoga diberkati selalu oleh tuhan, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan berbahagia bersama keluarga hingga ke akhir hayat.

Inilah keluarga kecilku. Wanita yang aku pegang itu ialah my emak....:)